Assalamualaikum dan Selamat datang ke laman saya. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk melakar kisah2 hidup saya untuk dijadikan kenangan2 terindah serta memberkongsi ilmu dan informasi berkaitan takaful dan memberi kesedaran kepada orang ramai bertapa pentingnya perlindungan takaful terhadap diri & keluarga .Seterusnya, Semoga dengan perkongsian ilmu yang dimiliki ini ia dapat membantu anda dalam mencari pelan perlindungan takaful yang ideal..:)
blog saya :aiman93maatakaful.blogspot.com

Monday, September 22, 2014

Sejak bila Takaful wujud..???

Assalamualauikum & Salam Sejahtera..^^

Baiklah, dalam entry kali ni, saya ingin 
berbicara ( cewah ) berkaitan Takaful ini.
Mungkin anda pernah dengar atau
anda sendiri pernah terfikir dari mana
datangnya Takaful..??..Zaman dahulu 
ada ke..??.. Zaman Nabi Muhammad
ada ke..??..

Pernah kan anda terlintas soalan-soalan 
macam ni..^^..jangan risau, saya pun 
begitu satu ketika dahulu..Maklum la, 
dulu tak ambil kisah pasal sume ni.
tapi Bila dah terlibat, saya pun cuba 
buat sedikit kajian dan cari latar belakang..
Dan di serba sedikit yang boleh 
dikogsi bersama..Semoga bermanfaat..^^

Sempadan penguasaan kerajaan Islam satu 
ketika dahulu..

Perkataan takaful berasal daripada 
perkataanArab iaitu – kafala yang 
bermaksud saling menjamin. Konsep 
takaful bertujuan menggalakkan 
tolong menolong dan 
perpaduan di kalangan para peserta
selari dengan konsep ta’awun. 

Sikap saling membantu amat digalakkan 
dalam Islam..

Dalam Islam, tolong menolong atau 
menyediakan bantuan amatlah digalakkan. 
Manakala perkataan insurans yang 
bermaksud suatu kumpulan yang 
membuat 'kutu' bagi meringankan 
beban kewangan individu dan 
menghindari kesulitan perbelanjaan. 

Konsep insurans umumnya iaitu 
persediaan yang dibuat oleh sekumpulan 
orang yang masing-masing menghadapi 
kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak
dapat diduga. Apabila kerugian serupa 
itu terkena kepada atas salah seorang 
daripada mereka yang menganggotai 
kumpulan itu, maka kerugian itu akan
diagihkan di antara mereka.

Risiko bukan satu pilihan, tetapi
persediaannya untuk menghadapinya 
merupakan pilihan...!

Secara amnya, objektif dalam industri
takaful sebenarnya mempunyai persamaan 
dengan industri insurans konvensional. 
Kedua-duanya merupakan instrumen untuk 
membantu golongan yang tidak bernasib baik
kerana ditimpa musibah.

Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini
merupakan satu cara yang moden untuk 
memindahkan risiko yang berlaku 
dan sudah menjadi kebiasaan, 
sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak 
yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Sekarang sudah jelas mengenai tujuan 
takaful diwujudkan.. Tapi macam mane 
pula dengan hukum mengambil pelan 
takaful ini..??..

Ini persoalan yang sering juga kita dengar
kan..??.. Serba sedikit perbincangan yang 
telah dilakukan  oleh para ulama dan 
ilmuwan..


Sememangnya objektif tersebut adalah 
diiktiraf oleh Islam. Di dalam Al-Quran 
telah disebut secara terangnya menyatakan 
galakan oleh Allah s.w.t kepada manusia 
untuk mengamalkan sikap tolong-
menolong antarasatu sama lain, 
bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas
 perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah
 kamu tolong menolong di atas perkara dosa 
dan permusuhan". 
(Surah al-Maaidah, ayat 2)

Pada zaman sains dan teknologi sekarang 
yang pesatberkembang dan membangun, 
insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan 
oleh syarikat-syarikat insurans yang ada 
pada masa ini adalah suatu muamalah
yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak 
sesuai denganprinsip-prinsip Islam 
dari segi aqadnya kerana mengandungi 
unsur-unsur maisir (judi), gharar 
( ketidak tentuan & kepastian) dan riba 
( kaut keuntungan keatas orang lain )..


Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai 
serahan padatempoh matang disertakan 
dengan interest (faedah) apatah lagi sumber 
pendapatan insuran adalah dari perniagaan 
duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan 
dalam instrumen kewangan (bon & saham) 
yang konvensional. Elemen riba' juga 
berlaku jika peserta terpaksa membayar 
faedah jika ingin mengeluarkan 
wang (auto premium loan).

Dalil yang mengharamkan riba':

" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan 
jual beli dan mengharamkan riba'."
 (Surah Al Baqarah : 275)

Maisir ( perjudian ) boleh berlaku dimana 
pemegang polisi boleh kehilangan 100% 
daripada premium yang telah dibayar 
kepada syarikat insuran. Contohnya ialah 
ada polisi yang menyatakan jika penamatan 
dilakukansebelum setahun maka nilai 
serahan adalah' RM 00.00 '.

Dalil yang mengharamkan maisir :

" Wahai orang yang beriman! bahawa 
sesungguhnyaarak & judi & 
pemujaan berhala & mengundi nasib 
dengan batang2 anak panah, adalah 
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan 
syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
 menjauhinya supaya kamu berjaya." 
(Surah Al-Maidah : 90)


Gharar (ketidaktentuan & ketidakpastian), 
kontrak insuran konvensional mengandungi
unsur gharar kerana jika tidak berlaku 
sebarang tuntutan, satu pihak iaitu insurer 
akan mendapat semua premium 
manakala pemegang polisi tidak 
mendapat sebarang keuntungan.
Pemegang polisi juga tidak mengetahui 
dengan jelas samada akan mendapat 
bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui 
kadar bayarannya dan tidak 
mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan
pembayaran.

Dalil yang mengharamkan gharar :
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: 
"Rasulullah s.a.w telah melarang daripada
 terjerumus dalam perniagaan lontaran dan 
perniagaan yang tidak pasti."
 ( Riwayat Muslim)


Sekian sahaja untuk entry kali ini..
Wassalam...


#Simpanan takaful boleh dikeluarkan tanpa
menjejaskan perlindungan khairat kematian 
sekiranya memerlukan. Wang yang 
dikeluarkan juga tidak  dikenakan faedah 
(interest fee) & tidak perlu 
dibayar balik.




Yang Benar,
Ahmad Aiman Bin Razli
Consultant MAA Takaful

MAA Takaful Berhad - We Do What Is Right
tel.:013-6350576
fax:
aiman_maatakaful@yahoo.com
http://aiman93maatakaful.blogspot.com

Hak Milik aiman93maatakaful.blogspot.com

No comments:

Post a Comment