Assalamualauikum & Salam Sejahtera..^^
Baiklah, dalam entry kali ni, saya ingin
berbicara ( cewah ) berkaitan Takaful ini.
Mungkin anda pernah dengar atau
anda sendiri pernah terfikir dari mana
datangnya Takaful..??..Zaman dahulu
ada ke..??.. Zaman Nabi Muhammad
ada ke..??..
Pernah kan anda terlintas soalan-soalan
macam ni..^^..jangan risau, saya pun
begitu satu ketika dahulu..Maklum la,
dulu tak ambil kisah pasal sume ni.
tapi Bila dah terlibat, saya pun cuba
buat sedikit kajian dan cari latar belakang..
Dan di serba sedikit yang boleh
dikogsi bersama..Semoga bermanfaat..^^
Sempadan penguasaan kerajaan Islam satu
ketika dahulu..
Perkataan takaful berasal daripada
perkataanArab iaitu – kafala yang
bermaksud saling menjamin. Konsep
takaful bertujuan menggalakkan
tolong menolong dan
perpaduan di kalangan para peserta
selari dengan konsep ta’awun.
Sikap saling membantu amat digalakkan
dalam Islam..
Dalam Islam, tolong menolong atau
menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Manakala perkataan insurans yang
bermaksud suatu kumpulan yang
membuat 'kutu' bagi meringankan
beban kewangan individu dan
menghindari kesulitan perbelanjaan.
Konsep insurans umumnya iaitu
persediaan yang dibuat oleh sekumpulan
orang yang masing-masing menghadapi
kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak
dapat diduga. Apabila kerugian serupa
itu terkena kepada atas salah seorang
daripada mereka yang menganggotai
kumpulan itu, maka kerugian itu akan
diagihkan di antara mereka.
Risiko bukan satu pilihan, tetapi
persediaannya untuk menghadapinya
merupakan pilihan...!
Secara amnya, objektif dalam industri
takaful sebenarnya mempunyai persamaan
dengan industri insurans konvensional.
Kedua-duanya merupakan instrumen untuk
membantu golongan yang tidak bernasib baik
kerana ditimpa musibah.
Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini
merupakan satu cara yang moden untuk
memindahkan risiko yang berlaku
dan sudah menjadi kebiasaan,
sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak
yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Sekarang sudah jelas mengenai tujuan
takaful diwujudkan.. Tapi macam mane
pula dengan hukum mengambil pelan
takaful ini..??..
Ini persoalan yang sering juga kita dengar
kan..??.. Serba sedikit perbincangan yang
telah dilakukan oleh para ulama dan
ilmuwan..
Sememangnya objektif tersebut adalah
diiktiraf oleh Islam. Di dalam Al-Quran
telah disebut secara terangnya menyatakan
galakan oleh Allah s.w.t kepada manusia
untuk mengamalkan sikap tolong-
menolong antarasatu sama lain,
bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas
perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah
kamu tolong menolong di atas perkara dosa
dan permusuhan".
(Surah al-Maaidah, ayat 2)
Pada zaman sains dan teknologi sekarang
yang pesatberkembang dan membangun,
insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan
oleh syarikat-syarikat insurans yang ada
pada masa ini adalah suatu muamalah
yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak
sesuai denganprinsip-prinsip Islam
dari segi aqadnya kerana mengandungi
unsur-unsur maisir (judi), gharar
( ketidak tentuan & kepastian) dan riba
( kaut keuntungan keatas orang lain )..
Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai
serahan padatempoh matang disertakan
dengan interest (faedah) apatah lagi sumber
pendapatan insuran adalah dari perniagaan
duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan
dalam instrumen kewangan (bon & saham)
yang konvensional. Elemen riba' juga
berlaku jika peserta terpaksa membayar
faedah jika ingin mengeluarkan
wang (auto premium loan).
Dalil yang mengharamkan riba':
" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan
jual beli dan mengharamkan riba'."
(Surah Al Baqarah : 275)
Maisir ( perjudian ) boleh berlaku dimana
pemegang polisi boleh kehilangan 100%
daripada premium yang telah dibayar
kepada syarikat insuran. Contohnya ialah
ada polisi yang menyatakan jika penamatan
dilakukansebelum setahun maka nilai
serahan adalah' RM 00.00 '.
Dalil yang mengharamkan maisir :
" Wahai orang yang beriman! bahawa
sesungguhnyaarak & judi &
pemujaan berhala & mengundi nasib
dengan batang2 anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya."
(Surah Al-Maidah : 90)
Gharar (ketidaktentuan & ketidakpastian),
kontrak insuran konvensional mengandungi
unsur gharar kerana jika tidak berlaku
sebarang tuntutan, satu pihak iaitu insurer
akan mendapat semua premium
manakala pemegang polisi tidak
mendapat sebarang keuntungan.
Pemegang polisi juga tidak mengetahui
dengan jelas samada akan mendapat
bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui
kadar bayarannya dan tidak
mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan
pembayaran.
Dalil yang mengharamkan gharar :
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w telah melarang daripada
terjerumus dalam perniagaan lontaran dan
perniagaan yang tidak pasti."
( Riwayat Muslim)
Sekian sahaja untuk entry kali ini..
Wassalam...
#Simpanan takaful boleh dikeluarkan tanpa
menjejaskan perlindungan khairat kematian
sekiranya memerlukan. Wang yang
dikeluarkan juga tidak dikenakan faedah
(interest fee) & tidak perlu
dibayar balik.
Ahmad Aiman Bin Razli
Consultant MAA Takaful
MAA Takaful Berhad - We Do What Is Right
tel.:013-6350576
fax:
aiman_maatakaful@yahoo.com
http://aiman93maatakaful.blogspot.com
Consultant MAA Takaful
MAA Takaful Berhad - We Do What Is Right
tel.:013-6350576
fax:
aiman_maatakaful@yahoo.com
http://aiman93maatakaful.blogspot.com