Insuran adalah pemindahan risiko daripada
seorang individu seperti anda, atau
sebuah organisasi, seperti syarikat
anda, kepada syarikat insurans.
Anda atau syarikat anda
akan dikenali sebagai pemegang polisi.
Syarikat insurans akan menerima
bayaran daripada anda dalam bentuk
premium dan sekiranya anda mengalami
sebarang kerugian atau kerosakan,
syarikat insurans akan membayar
pampasan kepada anda.
Takaful adalah pelan perlindungan
berdasarkan prinsip Syariah. Dengan
mencarum sejumlah wang ke dalam
dana takaful dalam bentuk caruman
penyertaan (tabarru), anda memeterai
kontrak (aqad) bagi membolehkan anda
menjadi seorang peserta dengan
bersetuju untuk saling membantu
antara satu sama lain, sekiranya salah
seorang peserta mengalami kerugian.
Insuran & Takaful sekurang-kurangnya
mampu meringankan beban anda sekiranya
musibah berlaku terhadap diri anda.
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai
prinsip asas yang sama. Sebagai contoh,
pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai
kepentingan yang sah terhadap barang
atau hayat yang diinsuranskan.
Ini bermakna, anda akan menanggung
kerugian kewangan sekiranya berlaku
sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada
harta benda atau hayat yang diinsuranskan
atau yang dilindungi.
Anda tidak perlu membeli lebih daripada
satu polisi atau pelan untuk melindungi
harta anda. Sekiranya anda memiliki
lebih daripada satu polisi, anda hanya
boleh membuat satu tuntutan jika sebarang
kerugian atau kerosakan berlaku (bergantung
pada situasi yang dialami). Jumlah yang
boleh dibayar/pampasan akan disumbangkan
oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat.
Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan
daripada polisi insurans am atau pelan
takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian,
syarikat insurans akan membayar pampasan
yang setimpal atau anda akan diletakkan
kepada keadaan yang sama sebelum berlaku
kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh
membeli lebih daripada satu polisi untuk
melindungi hayat anda.
*NOTE memiliki polisi bukanlah bertujuan
untuk mendapatkan keuntungan..!
Kontrak insurans atau takaful adalah
atas prinsip penuh percaya mutlak .
Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi
atau pelan haruslah mendedahkan semua
maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya
anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan,
polisi atau pelan anda mungkin tidak sah
dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang
kerugian atau kerosakan.
Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh
menikmati perkongsian lebihan daripada dana
takaful, berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui antara pemegang polisi
(Anda) dan syarikat Insuran atau
Takaful yang mengeluarkan polisi anda.
(melalui konsep mudharabah )
So dengan penjelasan yang panjang lebar ni..
Harap2 anda semua dah jelas lah ye perkara
berkaitan insuran dan takaful..^^..
sharing is caring..
sekian untuk entry kali ini.. Wassalam...
Ahmad Aiman Bin Razli
Consultant MAA Takaful
MAA Takaful Berhad - We Do What Is Right
tel.:013-6350576
fax:
aiman_maatakaful@yahoo.com
http://aiman93maatakaful.blogspot.com
Consultant MAA Takaful
MAA Takaful Berhad - We Do What Is Right
tel.:013-6350576
fax:
aiman_maatakaful@yahoo.com
http://aiman93maatakaful.blogspot.com